Assalamulaikum Wm. Wbr.,
Untuk makluman semua, Aplikasi Cisco Webex yang digunakan oleh UniSZA adalah versi percubaan yang diberi tempoh selama 90 hari penggunaan. Versi percubaan ini adalah agak terhad dari segi kapasiti storan dan bilangan host yang boleh didaftarkan.
Sehubungan dengan itu, Pihak PPIR telah membuat langganan berbayar dengan pihak Cisco. Aplikasi Cisco Webex yang dilanggan ini mempunyai kapasiti storan yang lebih besar dan bilangan host yang lebih ramai. Kerja-kerja migrasi daripada akaun percubaan kepada akaun yang dilanggan akan dilaksanakan sepertimana berikut :
Bermula : 2.00pm (21 Mei 2020)
Berakhir : 11.59pm (22 Mei 2020)
Untuk makluman juga, gangguan mungkin akan berlaku kepada pengguna yang menggunakan Aplikasi Cisco Webex dalam tempoh migrasi ini termasuk capaian kepada recording yang disimpan di dalam Cloud Webex.
Oleh itu pengguna disaran untuk tidak menggunakan perkhidmatan Webex dalam tempoh migrasi ini. Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dalam tempoh ini. Segala kesulitan amatlah dikesali.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Dihantar oleh: nurulazurin@unisza.edu.my