Berita

Hebahan

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM AKEPT TALK: DIALOGUE ON VALUES-BASED EDUCATION (DOVE)

 

Assalamualaikum Wm.  Wbt.
Salam Sejahtera.

YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama International Islamic University Malaysia (IIUM) akan menganjurkan webinar AKEPT Talk: Dialogue on Values-based Education (DOVE) Series 2020.  Sehubungan itu, AKEPT amat berbesar hati menjemput YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ tuan/ puan untuk menyertai webinar tersebut yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

 

Tarikh

Masa

Tajuk

Penceramah

15 Jun 2020 

(Isnin)

3.00 ptg – 5.00 ptg

Series 2: "Humanities and Higher Education Post Covid-19: Synergies among Science, Technology and Humanities"

-  Rob Rieman 

Founder of Nexus Institute, Netherlands


-  YBhg. Prof. Dato' Dr. Asma Ismail 

President, Academy of Sciences Malaysia


-  YBrs. Prof. Dr. Basil Mustafa

Senior Bursar and Nelson Mandela Fellow in Educational Studies, Oxford Centre for Islamic Studies

 

22 Jun 2020

 (Isnin)

9.00 pagi – 11.00 pagi

Series 3: "Leading Universities Towards Achieving Sustainable Development Goals (SDGs) in Higher Education: Lessons from Covid-19"

-  YBrs. Prof. Charles Hopkins

UNESCO Chair in Reorienting Education Towards Sustainability, York University


-  YBrs. Professor Emeritus Geoff Scott

Higher Education and Sustainability of Western Sydney University, Australia


- YBrs. Prof. Dr. Sumiani Yusoff

Director of Institute of Ocean and Earth Sciences, University of Malaya


3.      Untuk makluman, tujuan program ini diadakan adalah untuk menjana percambahan idea, strategi baharu dan aspirasi dalam menghadapi cabaran semasa bagi memastikan perubahan positif ke arah peningkatan kualiti dan nilai kepimpinan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). Program ini mensasarkan 200 orang peserta yang terdiri daripada kepemimpinan institusi pendidikan tinggi tempatan dan antarabangsa, termasuk Lembaga Pengarah/ Gabenor Universiti Awam. Poster program dilampirkan untuk rujukan YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ tuan/ puan.

Pendaftaran (peserta digalakkan untuk mendaftar awal)

i) Pendaftaran boleh dilakukan pada pautan berikut https://forms.gle/djiKxWms7iwNzqg26

ii) Peserta akan mendapat emel pengesahan pendaftaran dan pautan Zoom untuk menyertai program.

iii) Ruang Zoom akan dibuka seawal 30 minit sebelum acara bermula.

4.     Sebarang kemusykilan/pertayaan boleh menghubungi Encik Noor Hazmi bin Mat Radzi, Penolong Pendaftar di talian 014-838 9980.

Kerjasama YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ tuan/ puan untuk turut membuat hebahan dan menjemput rakan sekerja menyertai webinar ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.


 

Dihantar oleh: syuzana@unisza.edu.my
.