Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan
mengadakan Kursus Secara Atas Talian : Kursus Penggunaan Microsoft
Teams. Kandungan kursus ini meliputi menyediakan pautan kepada Google
Classroom dan Microsoft Teams untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran
(Pdp), buku teks digital, video PdP (EduwebTV/CikgooTube) dan
pautan aplikasi yang membantu PdP seperti Edpuzzle (aplikasi pengajaran
menggunakan video secara interaktif), Quizizz (kuiz berbentuk
permainan) dan Kahoot (pembelajaran berasaskan permainan). Kursus ini
akan diadakan melalui saluran cisco webex event sepertimana butiran
dibawah :
Tarikh/Hari : 25 Jun 2020 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Saluran : Aplikasi Cisco Webex Event & facebook CenTTM
Penceramah : YBrs. Dr. Azma binti Abdul Hamid
(CEO, Content Capital Sdn Bhd)
Link Kursus :https://unisza.webex.com/unisza/onstage/g.php?MTID=e1aa8dc3fce6a85f7f4ad8a3dcf678650
FB CenTTM :https://www.facebook.com/Centre-for-Talent-and-Training-Management-915353805472803
Bengkel ini akan diadakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi
cisco webex event dan juga disiarkan secara langsung di facebook
CenTTM.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Nur Amalyna binti Radzali di talian 09 668 8961 / 012 952 3688.
Sekian, untuk makluman
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM)