HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA PENYELIDIKAN UNIVERSITI (DPU) 2.0 TAHUN 2020
Assalamualaikum Wm. Wbt. dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator
Penyelidikan (CREIM) telah membuka permohonan Dana Penyelidikan
Universiti (DPU) 2.0 bagi tahun 2020 melalui sistem e-CREIM bermula pada
21 JUN 2020 (AHAD). Pengisian permohonan akan berlangsung selama TIGA
(3) minggu sehingga 13 JULAI 2020 (ISNIN) diikuti dengan proses
penilaian dan pemurnian (resubmission). Permohonan geran DPU 2.0 ini
terbuka kepada pensyarah yang mempunyai kelayakan sepertimana berikut:-
1. Pensyarah tetap atau kontrak gred 51/52 dan ke atas yang mempunyai kelulusan PhD atau setaraf.
2. Pemohon pernah mengetuai mana-mana geran penyelidikan kompetitif
(geran penyelidikan dalaman atau luar) dan telah selesai dilaksanakan. Geran penyelidikan kompetitif ditakrifkan
sebagai geran yang dibuka kepada pensyarah/ penyelidik yang berkelayakan
mengikut syarat pemberi dana dan mempunyai proses permohonan, penilaian
serta penawaran sebelum diluluskan.
3. Tidak mengetuai geran penyelidikan dalaman atau luar yang aktif semasa permohonan dibuka.
4. Pensyarah kontrak hanya layak memohon sekiranya tempoh kontrak
masih berbaki minima enam (6) bulan dari tarikh mula permohonan.
5. Hanya satu (1) permohonan projek (Ketua Projek) sahaja akan
diperakukan pada setiap fasa permohonan DPU 2.0. Namun begitu, pemohon
layak untuk menjadi ahli penyelidik bagi permohonan lain.
6. Pensyarah sedang cuti belajar tidak dibenarkan untuk memohon dan menjalankan penyelidikan.
7. Ahli kumpulan dalam satu projek (tidak termasuk ketua projek)
adalah tidak melebihi empat (4) orang. Komposisi ahli boleh terdiri
daripada kakitangan akademik atau/dan pihak industri/agensi
kerajaan/agensi luar/institusi dalam negara sahaja dan
sekurang-kurangnya seorang (1) ahli mestilah kakitangan akademik UniSZA.
Pensyarah yang layak dan berminat untuk memohon
geran DPU 2.0 2020 perlu mengisi dan melengkapkan permohonan
selewat-lewatnya pada 13 JULAI 2020 (ISNIN) melalui sistem e-CREIM di
laman sesawang
https://portal.unisza.edu.my/staffportal .
Siling peruntukan di bawah dana ini bagi
bidang Sains dan
Teknologi (S&T) adalah tidak melebihi RM 70,000.00 dan
RM 30,000
untuk Bidang Sains Sosial. Pemohon diminta untuk meneliti dan memahami
Garis Panduan DPU 2.0 terlebih dahulu sebelum mula mengisi permohonan.
Garis Panduan Permohonan & Tarikh Penting Permohonan Dana Penyelidikan Universiti (DPU) 2.0 Tahun 2020
Pautan: https://drive.unisza.edu.my/s/JmUkbMJTU0losb0
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pihak CREIM:-
i) Dr Imilia Ismail (09-668 8547)
ii) Cik Norziyana Ahmat Azemi (09-668 7982)
Sekian, terima kasih.
Dihantar oleh: ziyanaazemi@unisza.edu.my