JEMPUTAN KE WORKSHOP HOW TO CONSTRUCT A GOOD MULTIPLE CHOICE QUESTIONNAIRE (MCQ)
JEMPUTAN KE WORKSHOP HOW TO CONSTRUCT A GOOD MULTIPLE CHOICE QUESTIONNAIRE (MCQ)
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan
(CenTTM) akan mengadakan Workshop How To Construct A Good Multiple
Choice Questionnaire (MCQ). Kandungan kursus ini meliputi segala
aktiviti pengajaran dan pembelajaran konvensional didahului
dengan pernyataan objektif pembelajaran (learning objectives) dan
penentuan kandungan (silabus), diikuti dengan proses pengajaran
dan pembelajaran (pedagogi) dan akhir sekali adalah penilaian
untuk mengukur pencapaian pelajar. Ia juga bertujuan untuk menyelaraskan
kaedah pentaksiran berasaskan MCQ dapat diselaraskan dan secara
tidak langsung bertepatan dengan kehendak MQA. Butiran kursus adalah
sepertimana berikut :
Tarikh/Hari : Sesi 1 - (1 Julai 2020 / Rabu)
Sesi 2 - (2 Julai 2020 / Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Dewan Auditorium Perpustakaan,
UniSZA Kampus Gong Badak
Penceramah : YBrs. Prof. Dr. Harmy bin Mohamed Yusof
Pengarah,
Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik
3. Sehubungan dengan itu, staf akademik yang terpilih dijemput hadir
ke bengkel tersebut dan diminta untuk menyediakan 5 soalan MCQ untuk
dibentangkan di dalam bengkel. Kehadiran akan diambilkira sebagai rekod
latihan tahunan staf. Justeru itu, peserta diminta untuk memuat turun
aplikasi i-UniSZA melalui telefon masing-masing untuk tujuan rekod
kehadiran kursus.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Nur Amalyna binti Radzali di talian 09 668 8961 / 012 952 3688.
Sekian, untuk makluman
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM)
Dihantar oleh: azroizham@unisza.edu.my