Berita

Hebahan

KURSUS PEMBELAJARAN TERADUN GANTIAN (PTG) STAF AKADEMIK, UniSZA TAHUN 2020

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Kursus Secara Dalam Talian : Kursus Pembelajaran Teradun Gantian Staf Akademik, UniSZA Tahun 2020. Bengkel ini bertujuan untuk menvariasikan pembelajaran bagi memenuhi kecenderungan pelajar yang pelbagai, menyediakan alternatif dari segi lokasi, masa dan kaedah bersemuka serta menyediakan fleksibiliti pembelajaran di dalam kelas atau secara maya dan juga memberi fleksibiliti pengurusan masa pensyarah. Kursus ini akan diadakan melalui saluran aplikasi cisco webex event dan FB CenTTM sepertimana butiran berikut :

Tarikh    / Hari    :    12 Julai 2020 (Ahad)

Masa                 :    9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Saluran             :    Cisco Webex Event

Penceramah     :    Mohd Sufian bin Moktar
                              Pensyarah, Pusat Pengajian Teras


Link Kursus  :https://unisza.webex.com/unisza/onstage/g.php?MTID=ef0b8a8331a15c081b9aac8aad780508e

FB CenTTM :https://www.facebook.com/Centre-for-Talent-and-Training-Management-915353805472803


Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Nur Amalyna binti Radzali di talian 09 668 8961 / 012 952 3688.

Sekian, untuk makluman

Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM)

Dihantar oleh: azroizham@unisza.edu.my
.