JEMPUTAN KE FORUM PERBINCANGAN KES-KES BERKAITAN INTEGRITI DAN SALAH LAKU STAF
Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar akan menganjurkan Forum Perbincangan Kes-Kes Berkaitan Integriti dan Salah Laku Staf. Tujuan forum ini adalah untuk memberi pendedahan dan penerangan berkaitan integriti kepada semua staf di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap warga UniSZA.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh/Hari : 13 Julai 2020 (Isnin)
Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi
Tempat : Dewan Auditorium
Bangunan Akademik
UniSZA Kampus Gong Badak
Ahli Panel : a) YBrs. Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd. Ghadas
Dekan FUHA/Mantan Penasihat Undang-Undang UniSZA
b) Encik Ahmad Termizi bin Ab Aziz
Timbalan Pendaftar, Pejabat Pendaftar
Moderator : Encik Mohd Faizal bin Ibrahim
Ketua Penolong Pendaftar
Pejabat Pendaftar
Surat staf yang terlibat telah diedarkan ke PTj masing-masing pada 8 Julai 2020 (Rabu). Sebarang pertanyaan tuan/puan bolehlah berhubung dengan Encik Wan Mohd Hamidi bin Wan Harun, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688694.
Kerjasama tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM)Bangunan CenTTM
UniSZA Kampus Gong Badak
Tel : 09-6688951/8715/8378/8391
Dihantar oleh: mohdkodri@unisza.edu.my