Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA (CenTTM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CREIM) akan menganjurkan Taklimat Pengurusan Geran dan Kewangan Projek Penyelidikan Sesi 1/2020. Tujuan taklimat ini adalah bagi memberi panduan kepada penyelidik berkenaan tatacara pengurusan geran dan kewangan, memberi kefahaman berkenaan peraturan dalam penyelidikan, penggunaan sistem e-CREIM & sistem SAGA dan memberi kefahaman berkenaan peraturan kewangan penyelidikan (tuntutan/pembelian barang dan sebagainya).
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/Hari : 20 Julai 2020 (Isnin)
Masa : 09.00 pagi hingga 01.00 petang
Tempat : Dewan Auditorium Akademik
Bangunan Akademik
UniSZA Kampus Gong Badak
Surat staf yang terlibat telah diedarkan ke PTj masing-masing pada 13 Julai 2020 (Isnin). Sebarang pertayaan YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan bolehlah berhubung dengan Encik Ahmad Rumaizi bin Hashim, Penolong Pendaftar Kanan, CenTTM di talian 09-6688835.
Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM)
Bangunan CenTTM
UniSZA Kampus Gong Badak
Tel : 09-6688951/8715/8378/8391
Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my