Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA (CenTTM) akan menganjurkan Kursus Business Communication UniSZA 2020 kepada Staf Pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTj) UniSZA. Tujuan kursus ini adalah bagi meningkatkan kefahaman peserta tentang kepentingan komunikasi serta memberi panduan berkaitan amalan penulisan surat dan pembentangan lisan yang baik.
Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/Hari : 19 Julai 2020 (Ahad)
Masa : 09.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Dewan Seminar CenTTM
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM)
Bangunan CenTTM
UniSZA Kampus Gong Badak
Surat staf yang terlibat telah diedarkan ke PTj masing-masing pada 13 Julai 2020 (Isnin). Sebarang pertayaan tuan/puan bolehlah berhubung dengan Encik Ahmad Rumaizi bin Hashim, Penolong Pendaftar Kanan, CenTTM di talian 09-6688835.
Kerjasama tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM)
Bangunan CenTTM
UniSZA Kampus Gong Badak
Tel : 09-6688951/8715/8378/8391