Berita

Hebahan

KURSUS TATACARA PEROLEHAN UniSZA 2020


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA (CenTTM) akan menganjurkan Kursus Tatacara Perolehan UniSZA 2020 kepada Staf Pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTj) UniSZA. Tujuan kursus ini untuk memberi pendedahan kepada pegawai yang bertanggungjawab secara langsung menguruskan perihal kewangan di PTj meningkatkan kefahaman berhubung prosedur perolehan mengikut tatacara di bawah Arahan Perbendaharan, Surat Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Pejabat Bendahari.

 

Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut:

           

Tarikh/Hari   :  26 Julai 2020 (Ahad)

 Masa             :  09.00 pagi hingga 4.30 petang

Tempat          :  Dewan Seminar CenTTM

                          Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM)

                          Bangunan CenTTM

                          UniSZA Kampus Gong Badak


Surat staf yang terlibat telah diedarkan ke PTj masing-masing pada 14 Julai 2020 (Selasa). Sebarang pertayaan tuan/puan bolehlah berhubung dengan Encik Ahmad Rumaizi bin Hashim, Penolong Pendaftar Kanan, CenTTM di talian 09-6688835.

 

Kerjasama tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian, untuk makluman.

 

Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM)

Bangunan CenTTM

UniSZA Kampus Gong Badak

Tel : 09-6688951/8715/8378/8391

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
.