Berita

Hebahan

MAKLUMAN PENGGUNAAN ALAMAT BAGI PENGHANTARAN DOKUMEN/BARANGAN PERIBADI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Pendaftar, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengeluarkan Pekeliling Pendaftar Bil. 2/2019 berkaitan larangan penggunaan alamat pejabat untuk tujuan penghantaran barangan peribadi staf.

Sehubungan itu, pihak kami telah memaklumkan kepada pihak Pos Malaysia agar mengenalpasti dokumen/barangan peribadi yang menggunakan alamat sepertimana lampiran sahaja untuk dihantar ke UniSZA bagi memudahkan urusan penerimaan dokumen/barangan peribadi daripada pihak luar.

Segala kerjasama daripada semua warga UniSZA diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.

Dihantar oleh: usairizainuddin@unisza.edu.my
.