KURSUS LATIHAN PEMBERSIHAN DAN DISINFEKSI RUANG SERTA BANGUNAN UniSZA
Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Makmal Berpusat (CLMC) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Kursus Latihan Pembersihan dan Disinfeksi Ruang serta Bangunan UniSZA. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam proses kerja pembersihan dan disinfeksi dan meningkatkan pengetahuan berkaitan penggunaan kelengkapan pelindung diri (PPE) yang betul.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh/Hari : 22 Julai 2020 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi - 12.30 Tengahari
Tempat : Dewan Auditorium
Bangunan Akademik
UniSZA Kampus Gong Badak
Penceramah : PgB. Kasyfi Syahmi bin Ghazali
Penguasa Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Negeri Terengganu
Surat staf yang terlibat telah diedarkan ke PTj masing-masing melalui dispecth dan email peserta pada 19 Julai 2020 (Ahad). Sebarang pertanyaan tuan/puan bolehlah berhubung dengan Encik Wan Mohd Hamidi bin Wan Harun, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688694 atau Encik Syahril Hirman bin Azmee, Pegawai Sains Kanan, CLMC di talian 09-6688696.
Kerjasama tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM)Bangunan CenTTM
UniSZA Kampus Gong Badak
Tel : 09-6688951/8715/8378/8391
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my