Berita

Hebahan

KURSUS TUNTUTAN PERJALANAN MENGGUNAKAN SISTEM e-CLAIM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA (CenTTM) dengan kerjasama Pejabat Bendahari akan menganjurkan Kursus Tuntutan Perjalanan Menggunakan Sistem e-Claim kepada Pusat Tanggungjawab (PTj) yang masih tidak menggunakan sistem tersebut. Tujuan kursus ini untuk meningkatkan kefahaman berhubung tatacara serta proses tuntutan perjalanan di UniSZA, memberi pendedahan berhubung penggunaan sistem e-Claim di peringkat pengguna yang membuat tuntutan perjalanan dan memberi kesedaran berhubung kebaikan penggunaan sistem e-Claim dari perspektif PTj.

 

Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut:

               

Tarikh/Hari          :               13 Ogos 2020 (Khamis)

 Masa                    :               08.00 pagi hingga 4.30 petang

Tempat                 :               Makmal Komputer CoMAE-i

                                               Blok A

                                               UniSZA Kampus Gong Badak


Surat staf yang terlibat telah diedarkan ke PTj masing-masing pada 21 Julai 2020 (Isnin). Sebarang pertayaan tuan/puan bolehlah berhubung dengan Encik Ahmad Rumaizi bin Hashim, Penolong Pendaftar Kanan, CenTTM di talian 09-6688835.

Kerjasama tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, untuk makluman.

 


Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM)

Bangunan CenTTM

UniSZA Kampus Gong Badak

Tel : 09-6688951/8715/8378/8391

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
.