Berita

Hebahan

KURSUS PEMANDUAN BERHEMAH PEMANDU-PEMANDU UniSZA TAHUN 2020

 

 

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar akan menganjurkan Kursus Pemanduan Berhemah Pemandu-Pemandu UniSZA Tahun 2020. Tujuan kursus ini adalah untuk menerapkan budaya dan ciri-ciri seorang pemandu yang berdisiplin, beretika dan berhemah dan meningkat pemahaman mengenail prinsip pemanduan defensif dalam kaedah pemanduan seharian serta menyelenggara dokumen dan rekod terutama buku log kenderaan dengan baik serta sempurna.

 

 
Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut : 
 
          Tarikh/Hari   : 16-17 Ogos 2020 (Ahad-Isnin)
 
          Masa              : 8.30 Pagi - 4.30 Petang
 
          Tempat          : Dewan Seminar CenTTM (1)
                                   Pusat Pengurusan Bakat & Latihan 
                                   Bangunan CenTTM
                                   UniSZA Kampus Gong Badak
 
Kehadiran peserta amatlah diharapkan. Surat staf yang terlibat telah diedarkan ke PTj masing-masing mulai 9 Ogos 2020 (Ahad). Sebarang pertanyaan tuan/puan bolehlah berhubung dengan Encik Wan Mohd Hamidi bin Wan Harun, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688694. 
 
Kerjasama tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, untuk makluman.
 
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM)
Bangunan CenTTM
UniSZA Kampus Gong Badak
Tel : 09-6688951/8715/8378/8391

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.