Berita

Hebahan

HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN LAB MATERIAL (LABMAT) RESEARCH G

Assalamualaikum Wm. Wbt. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN LAB MATERIAL (LABMAT) RESEARCH GRANT TAHUN 2020
======================================================================================

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CREIM) akan membuka permohonan Lab Material (LabMat) Research Grant bagi tahun 2020 melalui sistem e-CREIM bermula pada 23 OGOS 2020 (AHAD). Pengisian permohonan akan berlangsung selama DUA (2) minggu sehingga 5 SEPTEMBER 2020 (SABTU) diikuti dengan proses penilaian dan pemurnian (resubmission). Permohonan geran  ini terbuka kepada pensyarah yang mempunyai kelayakan sepertimana berikut:-

1.Geran ini terbuka kepada semua kakitangan akademik di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan syarat-syarat berikut:-
        a) Warganegara Malaysia;
        b) Kakitangan akademik tetap/kontrak DS/DU 45 ke atas;
        c) Bagi kakitangan bertaraf kontrak (minimum enam (6) bulan); termasuk bukan warganegara, dimestikan mempunyai penyelidik bersama warganegara Malaysia yang bertaraf tetap.

2. Pemohon hanya dibenarkan menjadi Ketua Penyelidik bagi satu projek sahaja untuk geran ini.

3. Pemohon yang sedang mengetuai mana-mana geran penyelidikan adalah tidak layak untuk memohon.

4. Walau bagaimanapun, kelonggaran akan diberikan dengan mengemukakan bukti tahap selesai projek pada kadar 75 peratus (75%).

5. Kategori cadangan projek penyelidikan:
        a)    Projek penyelidikan baharu
        b)    Projek penyelidikan sambungan daripada projek terdahulu (DPU/FRGS/RAGS/SRGS/RACE)

6. Pensyarah yang bercuti belajar tidak dibenarkan menjadi ketua penyelidik. Walau bagaimanapun, boleh menjadi ahli dalam kumpulan penyelidikan.

7. Ahli kumpulan dalam satu projek (tidak termasuk Ketua Penyelidik) adalah tidak melebihi empat (4) orang. Komposisi ahli boleh terdiri daripada kakitangan akademik atau/dan pihak industri/agensi kerajaan/agensi luar/institusi dalam negara sahaja dan sekurang-kurangnya seorang (1) ahli mestilah kakitangan akademik UniSZA.

Pensyarah yang layak dan berminat untuk memohon geran LabMat 2020 perlu mengisi dan melengkapkan permohonan selewat-lewatnya pada 5 SEPTEMBER 2020 (SABTU) melalui sistem e-CREIM. Tatacara permohonan adalah seperti berikut:-

     i) Layari https://portal.unisza.edu.my/staffportal
    ii) Log masuk menggunakan kata laluan pemohon
   iii) Klik e-CREIM > Research > Penyelidik > Grant Application > Research Grant Application
    iv) Klik butang 'Form'
     v) Isi maklumat cadangan penyelidikan dengan lengkap dan Hantar
    vi) Permohonan akan melalui SEMAKAN DAN SOKONGAN JPFI (Dekan/ Pengarah/ Timb. Dekan/ Timb. Pengarah) terlebih dahulu sebelum
 dihantar ke CREIM

Siling peruntukan di bawah dana ini ialah RM 30,000. Pemohon diminta untuk meneliti dan memahami Garis Panduan LabMat terlebih dahulu sebelum mula mengisi permohonan.

Berikut disertakan pautan (link) Garis Panduan LabMat 2020 beserta tarikh- tarikh penting proses permohonan untuk makluman dan rujukan:-
 Pautan: https://drive.unisza.edu.my/s/55Dbk3gu9lgwMzo

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pihak CREIM:-
  i) Dr Imilia Ismail (09-668 8547)
 ii) Cik Norziyana Ahmat Azemi (09-668 7982)

Sekian, terima kasih.

Dihantar oleh: rmic@unisza.edu.my
.