Berita

Hebahan

HEBAHAN PERTANDINGAN HIASAN PEJABAT SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-63

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan menghias pejabat sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-63 peringkat universiti anjuran Pejabat Pendaftar diadakan untuk mengiktiraf serta memberi penghormatan kepada Pusat Tanggungjawab (PTj) yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dalam menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 tahun 2020. Pertandingan ini juga memberi fokus utama kepada keceriaan sambutan Hari Kemerdekaan serta kreativiti pengibaran jalur gemilang di PTj masing-masing.

Pertandingan ini akan bermula pada 16 – 31 Ogos 2020 dan meliputi kawasan pejabat di setiap PTj dan proses penilaian oleh juri akan bermula pada 1 - 3 September 2020.

 

SYARAT PERTANDINGAN

- Setiap PTj akan dinilai oleh juri lantikan Pejabat Pendaftar.
- Keceriaan tidak fokus kepada kaunter sahaja, boleh pilih mana-mana sudut di dalam pejabat.

 

KRITERIA PENILAIAN

- Aspek Mesra Alam
- Aspek Kreativiti
- Aspek Daya Tarikan
- Aspek Nilai Tambah

 

HADIAH PEMENANG

- Pertama : RM1,000
- Kedua : RM700
- Ketiga : RM500
- Saguhati : RM100 x 5 PTj

 

URUSETIA

- PN. ANIZAN JAAFAR - 09-668 7926

- PN. NURIN ARINA MASSTAPAR - 09-668 8343

 


Sekian, terima kasih.

Dihantar oleh: aizatrazapi@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.