Berita

Hebahan

MAKLUMAN PENUTUPAN STOR PUSAT, PEJABAT BENDAHARI PADA 08-10 SEP 2020

MAKLUMAN PENUTUPAN STOR PUSAT, PEJABAT BENDAHARI BERMULA PADA 08 SEPTEMBER 2020 (SELASA) HINGGA 10 SEPTEMBER 2020 (KHAMIS)

Kepada semua warga UniSZA,

Sukacita dimaklumkan, Seksyen Pengurusan Aset  akan menjalankan pemeriksaan stok di Stor Pusat, Pejabat Bendahari. Pemeriksaan ini merangkumi pengiraan stok keluar masuk barang di Stor Pusat secara keseluruhan.

Sehubungan itu, Stor Pusat, Pejabat Bendahari akan ditutup bermula pada 08 September 2020 (Selasa) hingga 10 September 2020 (Khamis) kerana pemeriksaan ini akan melibatkan semua kakitangan Seksyen Pengurusan Aset. Semua PTj yang memerlukan stok alatan pejabat untuk kegunaan segera, HENDAKLAH mengambil barang di Stor Pusat SEBELUM 3.30 PETANG, 07 September 2020 (Isnin).

Kerjasama daripada semua warga UniSZA amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Dihantar oleh: faridahaziz@unisza.edu.my
.