Berita

Hebahan

Program Mentor Mentee Pelajar Program Asasi Sains dan Perubatan UniSZA

5 September 2020 – Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA), Universiti Sultan Zainal Abidin, telah mengadakan Program Mentor Mentee  kepada pelajar Program Asasi Sains dan Perubatan yang bertempat di Dewan Perdana, UniSZA Kampus Gong Badak.  Program ini  melibatkan seramai 156 orang terdiri daripada 139 orang pelajar, 17 orang staf PUSPA.  Majlis perasmian program ini disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Afandi bin Salleh, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Kesemua pelajar asasi bagi Sesi Akademik 2020/2021 telah menyertai program ini dengan jayanya.  Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi peluang kepada mentee bersua muka dengan mentor masing-masing, mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling mengambil berat antara mentor dan mentee, mempupuk budaya kerjasama antara mentee serta membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah hasil dari bimbingan dan sentuhan mentor yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan mentee.

Program ini dibahagikan kepada beberapa slot iaitu senamrobik, perarakan kemerdekaan, ucapan Presiden Persatuan Pelajar PUSPA, persembahan sajak oleh wakil pelajar, perbincangan bersama mentor dalam kumpulan dan pertandingan kuiz kemerdekaan antara kumpulan mentee. Setiap slot program mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pelajar yang terdiri dari 13 kumpulan mentee.

Secara keselurahannya, kesemua pelajar PUSPA memberikan maklumbalas positif dan berharap agar program sebegini dapat terus diadakan pada masa akan datang. 

Dihantar oleh: roslizaarifin@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.