Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar akan mengadakan Kursus Orientasi Staf Baharu Siri 2/2020. Tujuan kursus ini diadakan adalah memberi pengetahuan dan pemahaman mengenai objektif, fungsi dan struktur sesebuah organisasi, menerapkan Nilai-Nilai Teras UniSZA (NASEEM) dan mamahami tanggungjawab sebagai staf UniSZA disamping menghayati budaya serta persekitaran organisasi di UniSZA.
Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh / Hari : 22-24 September 2020 (Selasa-Khamis)
Masa : 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Tempat : Dewan Seminar CenTTM (1), Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak
Sehubungan itu, surat peserta yang terlibat telah diedarkan ke PTj masing-masing pada 14 September 2020 (Isnin). Sebarang pertanyaan berhubung kursus tersebut tuan/puan bolehlah menghubungi Encik Wan Mohd Hamidi bin Wan Harun, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688694 / 8378.
Segala kerjasama dan komitmen tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM, UniSZA Kampus Gong Badak Tel : 09-6688378 / 8694 / 8715 email : mohdkhalid@unisza.edu.my
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my