Berita

Hebahan

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) STAF AKADEMIK DAN PENTADBIRAN UniSZA TAHUN 2020

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar akan mengadakan Program Transformasi Minda (PTM) Staf Akademik dan Pentadbiran UniSZA Tahun 2020 bertujuan untuk pengesahan jawatan dalam perkhidmatan di UniSZA.

Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut :

          Tarikh / Hari  :  27 September - 1 Oktober 2020 (Ahad - Khamis)

          Tempat         : Tanjung Demong Beach Resort, Bukit Keluang, Besut                                           Terengganu Darul Iman

Sehubungan itu, surat peserta yang terlibat telah diedarkan ke PTj masing-masing pada 14 September 2020 (Isnin). Sebarang pertanyaan tuan/puan bolehlah menghubungi Encik Wan Mohd Hamidi bin Wan Harun, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688694 / 8378.

Segala kerjasama dan komitmen tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, untuk makluman.

Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM)                                                      Bangunan CenTTM, UniSZA Kampus Gong Badak                                                Tel : 09-6688694 / 8378      email : mohdkhalid@unisza.edu.my

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
.