Berita

Hebahan

KEWAJIPAN MEMPAMERKAN PELAN LALUAN KECEMASAN DAN NO TALIAN KECEMASAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

KEWAJIPAN MEMPAMERKAN PELAN LALUAN KECEMASAN DAN NO. TALIAN KECEMASAN SERTA MEMASTIKAN LAMPU KECEMASAN BERFUNGSI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Bagi mematuhi dan memenuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan akta-akta lain berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, JKKP UniSZA telah menyediakan satu 'template' Pelan Laluan Kecemasan dan No. Talian Kecemasan untuk digunapakai di seluruh UniSZA. Ini bertujuan untuk memberikan maklumat kepada setiap pekerja, pelajar, kontraktor dan pelawat sekiranya berlaku kebakaran atau perkara yang tidak diingini.

3.  Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) untuk mengadakan dan mempamerkan Pelan Laluan Kecemasan dan No Talian Kecemasan di setiap pejabat, dewan, bilik seminar, makmal, bengkel, setiap aras bangunan,  dan mana-mana yang bersesuaian. Selain itu, setiap PTj perlu memastikan lampu kecemasan berfungsi dengan baik.

4.  Untuk mendapatkan 'template' Pelan Laluan Kecemasan dan No. Talian Kecemasan yang telah disediakan, YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan boleh merujuk kepada laman sesawang Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UniSZA.

5.  Adalah diharapkan agar kita sama-sama dapat mengamalkan langkah-langkah pencegahan supaya kita lebih bersedia jika berlaku apa-apa kecemasan.

Segala perhatian dan tindakan pihak YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, wassalam.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Ilmu dan Akhlak"

Yang menjalankan amanah,

Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
UniSZA

Dihantar oleh: izzuddinbadrol@unisza.edu.my
.