BENGKEL PEMANTAPAN OUTCOME-BASED EDUCATION (OBE) FAKULTI SAINS KESIHATAN FASA KEDUA
Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) dengan kerjasama Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dan Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i) akan mengadakan Bengkel Pemantapan Outcome-Based Education (OBE) staf Akademik UniSZA bagi Tahun 2020.
Maklumat bengkel adalah sepertimana berikut :
Tarikh/Hari : 4 & 5 Oktober 2020 / Ahad & Isnin
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Seminar CenTTM 1, UniSZA Kampus Gong Badak
PTj Terlibat : Fakulti Sains Kesihatan (FSK)
Peringkat : Fasa Kedua (2)
Penceramah :YBrs. Dr. Ras Azira binti Ramli (CoMAE-i)
Tujuan bengkel ini adalah bagi mempertingkatkan kefahaman pensyarah tentang pelaksanaan Outcome-Based Education di dalam program akademik dan melatih tentang proses baharu terutamanya untuk mempertingkatkan kefahaman tentang proses penyediaan rangka instruksional kursus.
Sebarang pertanyaan mengenai bengkel ini boleh hubungi Puan Nur Amalyna Radzali, Pegawai Psikologi Kanan CenTTM di talian 09-6688961.
Sekian, untuk makluman
Dihantar oleh: azroizham@unisza.edu.my