Berita

Hebahan

TAJAAN KPT STAF PENTADBIRAN IPTA PERINGKAT SARJANA & PH.D SEPENUH MASA 2021/2022

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

PELAWAAN KEMUDAHAN PENAJAAN UNTUK STAF PENTADBIRAN GRED 41 KE ATAS INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DI PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN (PH.D) SEPENUH MASA BAGI SESI PENGAJIAN 2021/2022 KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada surat KPT.700-4/1/4 (33) bertarikh 22 September 2020 berhubung perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan meneruskan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Staf Pentadbiran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Gred 41 ke atas yang berkhidmat di bawah Universiti Awam.

3. Sehubungan itu, pegawai-pegawai yang berminat dan berkelayakan berdasarkan kepada syarat-syarat permohonan seperti di Lampiran A (rujuk pautan berikut : https://drive.unisza.edu.my/s/nFC4WwSqw7ZVwK5), dialu-alukan untuk memohon secara atas talian di pautan https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index_login.php melalui portal rasmi Kementerian Pengajian Tinggi www.mohe.gov.my. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan mengikuti panduan yang telah disediakan dan tiada sebarang dokumen perlu dihantar secara manual ke Bahagian Biasiswa bagi permohonan tersebut. Tawaran ini akan dibuka untuk permohonan selama sebulan mulai 23 September 2020 hingga 22 Oktober 2020.

4. Permohonan yang diterima selepas jam 5 petang, 22 Oktober tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan. Sebarang pertanyaan berkaitan tawaran ini boleh hubungi Puan Majedah binti Mokhtar di talian 09-668 8369 atau emel majedah@unisza.edu.my.

Sekian, terima kasih.

--
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Ilmu dan Akhlak”

Saya yang menjalankan amanah,

Dihantar oleh: zailawati@unisza.edu.my
.