Berita

Hebahan

MAKLUMAN TERKINI PENANGGUHAN KURSUS / LATIHAN LUARAN STAF UniSZA

Susulan daripada kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi bertarikh 02 Oktober 2020 berikutan peningkatan kes COVID-19, Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) disaran untuk menangguhkan semua permohonan kursus luaran bagi mencegah penularan wabak serta sebagai inisiatif segera agar tiada pergerakan fizikal untuk mesyuarat atau bengkel di luar kawasan untuk sekurang-kurangnya pada bulan Oktober 2020.

Justeru itu, dukacita dimaklumkan bahawa permohonan Latihan Luaran ditangguhkan dan bagi permohonan / latihan yang telah diluluskan secara automatik adalah terbatal. Walau bagaimanapun, bagi kursus yang diadakan secara dalam talian boleh diteruskan.

Semoga dalam perhatian dan makluman YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan., jua.

Sekian

Dihantar oleh: azroizham@unisza.edu.my
.