Berita

Hebahan

PENUNDAAN TARIKH TUTUP SISTEM PERMOHONAN PENAJAAN UNTUK STAF PENTADBIRAN GRED 41 KE ATAS IPTA DI PER

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

PENUNDAAN TARIKH TUTUP SISTEM PERMOHONAN PENAJAAN UNTUK STAF PENTADBIRAN GRED 41 KE ATAS IPTA DI PERINGKAT SARJANA DAN PH.D SEPENUH MASA BAGI SESI PENGAJIAN 2021/2022 KPT 

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sepertimana tuan/puan sedia maklum, tarikh tutup permohonan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Staf bukan Akademik di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Gred 41 ke atas yang berkhidmat di bawah Universiti Awam melalui portal Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang sepatutnya berakhir pada 22 Oktober 2020 (Khamis) akan dilanjutkan sehingga 13 November 2020 (Jumaat). Hal ini adalah disebabkan oleh situasi semasa penularan pandemik COVID-19 di Malaysia dan susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 14 hingga 27 Oktober 2020 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang diumumkan oleh Kerajaan pada 12 Oktober 2020 serta bagi memberi laluan kepada pihak Universiti Awam (UA) dan calon untuk melengkapkan dokumen permohonan. 

3.  Sehubungan itu, pegawai-pegawai yang berminat dan berkelayakan berdasarkan kepada syarat-syarat permohonan seperti di Lampiran A (https://drive.unisza.edu.my/s/nFC4WwSqw7ZVwK5) , dialu-alukan untuk memohon secara atas talian di pautan https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index_login.php. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan mengikuti panduan yang telah disediakan dan tiada sebarang dokumen perlu dihantar secara manual ke Bahagian Biasiswa. 

4.     Permohonan yang diterima selepas jam 5 petang, 13 November 2020 tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan. Sebarang pertanyaan berkaitan tawaran ini boleh hubungi Puan Majedah binti Mokhtar di talian 09-668 8369 atau emel majedah@unisza.edu.my.

Sekian, terima kasih.

-- 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Ilmu dan Akhlak”

Saya yang menjalankan amanah,

Dihantar oleh: zailawati@unisza.edu.my
.