Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA (CenTTM) dengan kerjasama Fakulti Sains Kesihatan (FSK) akan mengadakan Kursus Secara Atas Talian : Bengkel Basic Statistical Methods Using Stata. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi latihan kepada peserta mengenai analisis statistik menggunakan perisian Stata. Bengkel ini juga selari dengan pelan strategik UniSZA 2020 – 2022 bagi Action Plan iaitu To Produce High Quality Postgraduate Students (A6) dan juga High-Quality Research Output (S303). Secara keseluruhannya, pelaksanaan bengkel ini diharap dapat meningkatkan tahap kemahiran penulisan ilmiah dan keyakinan bagi menyelia pelajar atau persediaan menghadapi viva voce. Maklumat bengkel sepertimana butiran berikut :
Tarikh / Hari : 02 – 04 November 2020 (Isnin - Rabu)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Secara Atas Talian
Penceramah : i) YBrs. Prof. Dr. Nyi Nyi Naing @ Syed Hatim Noor
Pensyarah
Fakulti Perubatan / UHREC
Pej. Timb. Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
ii) Dr. Wan Arfah Nadiah bt. Wan Abdul Jamil
Pensyarah
Fakulti Sains Kesihatan
Semua staf akademik dijemput menyertai kursus ini yang akan diadakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi cisco webex. Peserta dikehendaki untuk memuat turun aplikasi tersebut di https://unisza.webex.com. Berikut merupakan link bagi kursus yang perlu di klik semasa memulakan kursus dalam talian dengan menggunakan aplikasi cisco webex : https://tinyurl.com/y6bksf8o.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Ahmad Rumaizi bin Hashim di talian 09 668 8835 / 013-939 6609.
Kerjasama YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / tuan / puan dalam menjayakan e-latihan ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my