Berita

Hebahan

PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL. 1/2020 PENUTUPAN AKAUN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

A. Pekeliling ini bagi menerangkan langkah-langkah persiapan yang perlu diambil oleh setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) dan anak syarikat Universiti dalam proses penutupan akaun bagi tahun berakhir 31 Disember 2020.

B. Keperluan ini adalah lanjutan daripada kehendak Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 1995 dan Surat Pekeliling Am Bil. 6 Tahun 2004 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri. Antara lain kandungannya menyatakan bahawa Laporan Ringkasan Kedudukan Kewangan dan Prestasi Tahunan Badan-Badan Berkanun hendaklah dikemukakan kepada Agensi Pusat (Kementerian Pendidikan Malaysia) dalam tempoh tiga (3) minggu selepas berakhirnya tahun kewangan. Ini bagi membolehkan Ketua Setiausaha Kementerian mengemukakannya dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebelum 31 Januari setiap tahun.

 

Dihantar oleh: hussnitajuddin@unisza.edu.my
.