Berita

Hebahan

HEBAHAN KELULUSAN PROJEK DANA PENYELIDIKAN UNIVERSITI (DPU) 2.0 TAHUN 2020

Assalamualaikum Wm. Wbt. & Salam Sejahtera,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Penyelidikan (JkPP) Bil. 7/2020 yang bersidang pada 4 November 2020 (Rabu) telah memutuskan untuk meluluskan tujuh (7) projek di bawah geran Dana Penyelidikan Universiti (DPU) 2.0 tahun 2020 dengan jumlah kelulusan sebanyak RM 235,000.
 
Senarai projek yang diluluskan adalah sepertimana di pautan berikut:
 
Pihak UniSZA merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada yang berjaya dan mendoakan agar para penerima geran DPU ini dapat menjalankan penyelidikan dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan.
 
Sekian, terima kasih.
 
[PUSAT PENGURUSAN KECEMERLANGAN & INKUBATOR PENYELIDIKAN]

Dihantar oleh: ziyanaazemi@unisza.edu.my
.