Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Program Integriti Talk staf UniSZA bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh / Hari : 17 November 2020 (Selasa)
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Aplikasi : Online Cisco Webex Event
Penceramah : Encik Mohd Hanafi bin Abd. Rahim Ketua Unit Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Terengganu
Untuk makluman, program ini terbuka kepada staf Pentadbiran dan akan diadakan secara atas talian dengan menggunakan Aplikasi Online Cisco Webex Event. Sehubungan dengan itu, tuan / puan dijemput untuk mengikuti program tersebut. Semua peserta dikehendaki untuk memuat turun aplikasi tersebut di https://unisza.webex.com. Berikut merupakan link bagi program tersebut yang perlu diklik semasa memulakan kursus dalam talian dengan menggunakan Aplikasi Online Cisco Webex Event sepertimana berikut : https://unisza.webex.com/unisza/onstage/g.php?MTID=eed0ca263502a26e5e539862786d04b79.
Program ini akan diambilkira sebagai rekod latihan tahunan staf. Justeru itu, diminta semua peserta untuk memuat turun aplikasi i-UniSZA melalui telefon masing-masing untuk tujuan rekod kehadiran program tersebut. Sebarang pertanyaan tuan/puan bolehlah menghubungi Puan Zuwariyah binti Abdul Rahman, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar di talian 06-6688358 / 012-3954334 atau Encik Wan Mohd Hamidi bin Wan Harun, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688694 / 019-9091969.
Segala kerjasama tuan/puan dalam menjayakan e-Latihan ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak 21300 KUALA NERUS TERENGGANU DARUL IMAN Tel : 09-6688694 / 8378 / 8715
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my