Berita

Hebahan

Gangguan Capaian Sistem dan Aplikasi UniSZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR) akan melaksanakan kerja-kerja migrasi pangkalan data berdasarkan ketetapan berikut :

  • Tarikh : 19 November 2020
  • Hari : Khamis
  • Masa : Bermula 10.00 malam -  12.00 tengah malam.

Susulan daripada kerja - kerja ini, akan berlaku gangguan sebahagian capaian sistem dan aplikasi Universiti.

Pihak kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku. 

Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Harap maklum. 

Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 

Dihantar oleh: nikfarid@unisza.edu.my
.