Berita

Hebahan

SEMINAR “HOW TO WRITE A WINNING PROPOSAL”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA (CenTTM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CREIM) akan menganjurkan Seminar “How To Write A Winning Proposal” . Tujuan seminar ini adalah untuk memberi pendedahan dan tips kepada penyelidik bagi penghasilan kertas cadangan penyelidikan (proposal) terutamanya bagi permohonan geran-geran fundamental daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Maklumat seminar adalah sepertimana ketetapan berikut:

 

Tarikh/Hari     :     24 November 2020 / Selasa

Masa              :    10.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat           :     Cisco Webex

Penceramah   :      YBrs. Prof. Chm. Dr. Wan Mohd Khairul bin Wan

                               Mohamed Zin

                               Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Bidang           :      Sains Teknologi

 

Tarikh/Hari      :     26 November 2020 / Khamis

Masa               :     10.00 pagi - 12.00 tengahari

Tempat            :     Cisco Webex

Penceramah    :     YBrs. Prof. Madya Dr. Hafiza Aishah binti Hashim

                              Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 

Bidang            :    Sains Sosial

 

Semua staf akademik dijemput menyertai kursus ini yang akan diadakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi cisco webex. Peserta dikehendaki untuk memuat turun aplikasi tersebut di https://unisza.webex.com. Berikut merupakan link bagi kursus yang perlu di klik semasa memulakan kursus dalam talian dengan menggunakan aplikasi cisco webex : https://tinyurl.com/y6nmjrad.

 

Sebarang pertanyaan boleh Puan Nurul Syazwani binti Ab. Rani, Pegawai Penyelidik Sosial di talian 09 668 7983 / 013-9482205.

 

Kerjasama  YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan dalam menjayakan e-latihan ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
.