Berita

Hebahan

Pekeliling Bendahari 2020

Assalamualaikum.
 
Tujuan Pekeliling Bendahari dibuat untuk:
 
a.    Pekeliling ini bagi menerangkan langkah-langkah persiapan yang perlu diambil oleh setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) dan anak syarikat Universiti dalam proses penutupan akaun bagi tahun berakhir 31 Disember 2020.
 
b.    Keperluan ini adalah lanjutan daripada kehendak Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 1995 dan Surat Pekeliling Am Bil. 6 Tahun 2004 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.  Antara lain kandungannya menyatakan bahawa Laporan Ringkasan Kedudukan Kewangan dan Prestasi Tahunan Badan-Badan Berkanun hendaklah dikemukakan kepada Agensi Pusat (Kementerian Pendidikan Malaysia) dalam tempoh tiga (3) minggu selepas berakhirnya tahun kewangan. Ini bagi membolehkan Ketua Setiausaha Kementerian mengemukakannya dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebelum 31 Januari setiap tahun.
 

Sekian, terima kasih.

Hussni Tajuddin Bin Hassan
Penolong Akauntan
Pejabat Bendahari
Universiti Sultan Zainal Abidin
09-6688068
014-8345056

 

Dihantar oleh: aizatrazapi@unisza.edu.my

.