Berita

Hebahan

MAKLUMAN PENUTUPAN STOR PUSAT, PEJABAT BENDAHARI PADA 29-31 DIS 2020

MAKLUMAN PENUTUPAN STOR PUSAT, PEJABAT BENDAHARI BERMULA PADA 29 DISEMBER 2020 (SELASA) HINGGA 31 DISEMBER 2020 (KHAMIS)

Kepada semua warga UniSZA,

Sukacita dimaklumkan, Seksyen Pengurusan Aset  akan menjalankan pemeriksaan stok di Stor Pusat, Pejabat Bendahari. Pemeriksaan ini merangkumi pengiraan stok keluar masuk barang di Stor Pusat secara keseluruhan.

Sehubungan itu, Stor Pusat, Pejabat Bendahari akan ditutup bermula pada 29 Disember 2020 (Selasa) hingga 31 Disember 2020 (Khamis) kerana pemeriksaan ini akan melibatkan semua kakitangan Seksyen Pengurusan Aset. Semua PTj yang memerlukan stok alatan pejabat untuk kegunaan segera, HENDAKLAH mengambil barang di Stor Pusat SEBELUM 3.30 PETANG, 28 Disember 2020 (Isnin).

Kerjasama daripada semua warga UniSZA amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Dihantar oleh: faridahaziz@unisza.edu.my

.