Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Bengkel Pengurusan Sistem Klasifikasi Fail (KF) Mengikut Standard Arkib Negara Malaysia (ANM), Bagi Tahun 2021. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) supaya dapat menguruskan rekod mengikut sistem Klasifikasi Fail (KF) dan tatacara yang telah ditetapkan oleh pihak Arkib Negara Malaysia (ANM). Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) perlu diberi pendedahan dan pemahaman mengenai tatacara pengurusan rekod mengikut sistem Arkib yang meliputi aktiviti pewujudan, penawanan, penutupan dan pelupusan fail.
Sehubungan dengan itu, wakil PTj adalah dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut. Maklumat bengkel adalah sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh / Hari : 4-5 Januari 2021 (Isnin-Selasa)
Masa : 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Tempat : Dewan Perdana, UniSZA Kampus Gong Badak
Penceramah : Puan Bonnyta Bujang, Penolong Pengarah Jabatan Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri Terengganu
Fasilitator : Puan Suhaini Akma binti Ibrahim, Pembantu Tadbir Jabatan Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri Terengganu
Surat jemputan Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) / wakil PTj telah diedarkan pada 23 Disember 2020 (Rabu). Kehadiran adalah diwajibkan. Kegagalan tuan/puan untuk hadir ke bengkel tersebut boleh menyebabkan tuan/puan dikenakan tindakan sepertimana pekeliling Pejabat Pendaftar Bil.2/2014. Sebarang pertanyaan, tuan/puan bolehlah berhubung dengan Puan Anizan binti Jaafar, Penolong Pendaftar Kanan di talian 09-6687926 atau Puan Nur Shaadah binti Ramli, Penolong Pegawai Tadbir, Pejabat Pendaftar di talian 09-6687819.
Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan bengkel ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM UniSZA KAMPUS GONG BADAK Tel : 09-6688694/8378
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my