Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Radio internet Pesona fm merupakan platform baharu Pusat Kesenian dan Warisan dalam membantu mengglobalkan UniSZA bukan sahaja penyaluran maklumat dalam bidang seni, budaya dan warisan, malah meliputi semua jaringan industri keusahawanan, teknologi, penyelidikan dan akademik UniSZA. Berkonsepkan radio internet edutainment dan student oriented, Pesona fm bersiaran selama 24 jam dan dapat diakses oleh seluruh warganet.
Oleh yang demikian, mohon kerjasama agar semua Fakulti/PTj dapat memberi maklumat yang ingin disampaikan kepada warga UniSZA mahupun komuniti luar sepertimana format berikut dan hantarkan ke email saya di tg_anisoraya@unisza.edu.my
Nama Pegawai:
No.Tel yang mudah untuk dihubungi:
Fakulti/PTj:
Program / Topik:
Hebahan:
Untuk makluman, radio internet Pesona fm boleh diakses di www.pesonafm.com
Dengarkan juga melalui Android dengan memuat turun https://play.google.com/store/apps/details?id=com.app.pesonafm
Sila Like dan Share Instagram kami di https://www.instagram.com/pesonafm.pkw/
dan Facebook https://www.facebook.com/Pesona-fm-107867371112962
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tg.Anis di talian 019-9317066.
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg /YBrs./Dato./Prof./ Prof.Madya /Ts./Ir./Dr./Tuan/Puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, wassalam
Disediakan oleh:
Tg.Ani Soraya Bt Tg.Sulaiman
Penolong Pegawai Kebudayaan
Pusat Kesenian dan Warisan
UniSZA Kampus Gong Badak.
#kitajagakita
#ingatuniszaingatpesonafm
#uniszahebakkali
#uniszapastitahu
#pesonafm.pkw
#karyalegasikita
Dihantar oleh: tg_anisoraya@unisza.edu.my