"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...
Gangguan akses internet akan berlaku sepertimana berikut :
Tarikh : 4 & 5 Mac 2021
Hari : Khamis & Jumaat
Masa : Bermula 8.00 Pagi (4 Mac 2021) - 12.00 tghmlm (5 Mac 2021)
2. Gangguan disebabkan kerja - kerja penyelenggaraan perkakasan utama sistem rangkaian di Pusat Data UniSZA.
3. Akses kepada sistem atas talian (online) dan laman web UniSZA secara dalaman dan luaran juga akan terganggu sepanjang tempoh ini. Semua pengguna di lokasi berikut akan terlibat dengan gangguan ini:
a) Kampus Gong Badak
b) Kampus Perubatan
c) Kampus Besut
d) Pejabat Asrama Maidam
e) Balai Cerap
4. Pihak kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku dan akan memaklumkan kembali setelah kerja-kerja ini siap dilaksanakan.
Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Harap maklum.
Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR),
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)."