Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Kursus Secara Atas Talian: K-Sharing Siri 2/2021. Kursus ini bertujuan untuk membantu staf mendapatkan maklumat terkini berhubung imej korporat UniSZA.
Tarikh / Hari: 10 Mac 2021 (Rabu)
Masa: 10.00 Pagi
Penceramah: Encik Najmuddin bin Mohamed Sarawi Timbalan Pengarah (Pentadbiran & Pengurusan Acara & Media), Pusat Komunikasi Korporat & Pengurusan Perhubungan (CcoRM)
Sehubungan dengan itu, semua staf dijemput untuk menyertai kursus ini yang akan diadakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Online Cisco Webex Event. Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan e-Latihan ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak Tel: 09-6688378 / 8694
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my