Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk./Prof./Dr./Tuan/Puan yang dihormati,
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) Bil.8/2021 dalam mesyuaratnya pada 8 Mac 2021 telah bersetuju meluluskan penyambungan PERLINDUNGAN SKIM TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK STAF UniSZA dengan syarikat Takaful Ikhlas Family Berhad dan skop/faedah perlindungan sebagaimana berikut :
i) Kematian (disebabkan semua sebab) = RM40,000.00
ii) Keilatan Kekal (disebabkan semua sebab) = RM40,000.00
iii)Perbelanjaan Pengebumian = RM5,000.00
BAYARAN PREMIUM SEORANG : RM55.00 SETAHUN (RM10.00 DISUMBANG OLEH UniSZA)
* Potongan RM45.00 SEKALIGUS melalui potongan gaji bulan APRIL 2021 (untuk tempoh perlindungan setahun)
3. Penyambungan skim takaful ini melibatkan SEMUA STAF YANG TELAH MENYERTAINYA PADA TAHUN LEPAS SECARA AUTOMATIK. Sehubungan itu, semua staf yang masih belum menyertai skim ini adalah DIPELAWA untuk menyertainya. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang pada pautan https://tinyurl.com/tafakulUniSZA selewat-lewatnya pada 14 MAC 2021 (AHAD).
4. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan Pn. Fazilah Mohamad (09-6688101) atau Pn. Noradiana Mohamad Salleh (09-6688397), Seksyen Saraan, Kemudahan dan Kebajikan, Pejabat Pendaftar, UniSZA.
Kesudian YBhg. Datuk./Prof./Dr./tuan/puan untuk menyertai program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Dihantar oleh: noradiana@unisza.edu.my