Berita

Hebahan

Gangguan Capaian Sistem dan Aplikasi Utama UniSZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR) akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan komponen server utama UniSZA pada 11 Mac 2021 (Khamis) bermula jam 8.00 malam sehingga  13 mac 2021 (Sabtu) jam 12.00 tengah malam. 

Susulan daripada itu, terdapat gangguan capaian akan berlaku kepada Sistem dan Aplikasi Utama UniSZA sepanjang kerja-kerja ini dilaksanakan.
 
Oleh itu, pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku disebabkan kerja-kerja ini. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Pihak PPIR akan memaklumkan kembali setelah kerja-kerja ini siap dilaksanakan.

Harap maklum dan terima kasih.

PPIR, UniSZA

Dihantar oleh: noraidayaacob@unisza.edu.my
.