Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Kursus Secara Atas Talian: K-Sharing Siri 3/2021. Kursus ini bertujuan untuk membantu staf mendapatkan maklumat terkini berdasarkan perkongsian yang dibuat oleh CenTTM dan menggunakan peluang ini untuk berkongsi maklumat daripada staf UniSZA berkenaan isu-isu semasa di UniSZA.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh / Hari: 16 Mac 2021 (Selasa)
Masa: 10.00 Pagi
Aplikasi: Secara Atas Talian https://UniSZA.webex. com
Penceramah: Puan Rosni binti Mohamad Ketua Pegawai Psikologi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak PTj untuk menghebahkan program ini kepada staf di PTj masing-masing untuk mengikuti program tersebut. Link online webex event bagi Program K-Sharing ini akan diberi melalui urus setia e-Latihan di setiap PTj masing-masing.
Kerjasama tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak Tel : 09-6688378
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my