Berita

Hebahan

BENGKEL ASAS PENGURUSAN PEJABAT KEPADA STAF UniSZA TAHUN 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) telah bersetuju untuk mengadakan Bengkel Asas Pengurusan Pejabat Kepada Staf UniSZA Tahun 2021. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan terutamanya perkara asas berkaitan pengurusan pejabat, seperti etika pakaian, penulisan surat rasmi dan memo berkualiti, penulisan minit mesyuarat dan mesyuarat tanpa kertas (paperless meeting), penulisan kertas cadangan, sistem pengurusan dan pengkelasan fail / rekod UniSZA, pengurusan kewangan UniSZA, penulisan laporan dan MOU serta MOA UniSZA.

Maklumat bengkel sepertimana ketetapan berikut:

      Tarikh / Hari:  22-24 Mac 2021 (Isnin-Rabu)

      Masa:             9.00 Pagi - 4.00 Petang

      Tempat:          Dewan Seminar CenTTM 1, Bangunan CenTTM                                                   UniSZA Kampus Gong Badak

      Pakaian:          Pejabat Pejabat

Sekian dan salam hormat.

 

Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM)

Bangunan CenTTM

UniSZA Kampus Gong Badak

Tel: 09-6688378            

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.