Berita

Hebahan

UniSZA TEAM BUILDING: PEMERKASAAN PEGAWAI TADBIR GRED N41 DAN KE ATAS UniSZA TAHUN 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan UniSZA Team Building: Pemerkasaan Pegawai Tadbir Gred N41 dan ke atas UniSZA Tahun 2021. Tujuan kursus ini adalah untuk memperkasakan Pegawai Tadbir Gred N41 dan ke atas UniSZA berkaitan hala tuju Pentadbir di UniSZA dan penerapan nilai-nilai NASEEM di kalangan pentadbir. Program ini juga akan menerapkan nilai etika dan keseronokan semasa di tempat kerja disamping membentuk jaringan kerjasama di antara Pegawai Tadbir di UniSZA.

Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut:

       Tarikh/Hari:      10 April 2021 (Sabtu)

        Masa:              8.30 Pagi - 4.30 Petang

        Tempat:          Kem Survival iM4U, Pusat Pembangunan Holistik                                          Pelajar (PPHP), Merang, Setiu, Terengganu.

 

Kehadiran peserta adalah diwajibkan. Sebarang pengecualian untuk kursus tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Pendaftar UniSZA. 

Sekian dan salam hormat.

 

Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM)

Bangunan CenTTM

UniSZA Kampus Gong Badak

Tel: 09-6688378/8694

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.