Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA (CenTTM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CREIM) akan mengadakan Sharing Session On Successful Commercialization. Tujuan bengkel ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran bagi ekosistem pengkomersialan harta intelek/R&D universiti disamping mengenai cara dan tips mengkomersialkan hasil penyelidikan.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/Hari : 14 April 2021 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Secara Dalam Talian (https://unisza.webex.com)
Penceramah : YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati binti Wan Ab. Rahman
Timbalan Pengarah
Bahagian Promosi & Pengkomersialan Inovasi
Putra Science Park
Universiti Putra Malaysia (UPM)
YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan dijemput menyertai kursus ini yang akan diadakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi cisco webex. Kursus ini juga terbuka kepada semua staf akademik lain yang berhasrat untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan masing-masing. Berikut link kursus tersebut menggunakan aplikasi cisco webex : https://tinyurl.com/eh8xhsm4.
Kursus ini akan diambilkira sebagai rekod latihan tahunan staf. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Nur Amatur Rahman bin Abd Razak, Pegawai Penyelidik Sosial di talian 09 668 7984.
Kerjasama dan komitmen YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan menjayakan e-latihan ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my