Berita

Hebahan

PENGAKTIFAN DAN PENGGUNAAN UniSZA ID LOGIN

Assalamualaikum Wm. Wbr.,

Untuk makluman semua, Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian (PPIR) telah menyediakan satu perkhidmatan Single Sign-On (SSO) bagi memudahkan staf untuk mengakses sistem-sistem dalaman dengan menggunakan hanya satu akaun sahaja.

Single sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang  pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem. 

Perkhidmatan SSO ini membolehkan staf mengakses semua sistem dalaman UniSZA yang telah diberi kebenaran akses kepadanya dengan hanya menggunakan satu login ID dan password.

Untuk penggunaan kali pertama perkhidmatan penggunaan UniSZA ID ini, semua staf perlu membuat reset password terlebih dahulu bermula 14 April 2021 hingga 15 April 2021. Info lanjut, sila klik pautan dibawah : https://drive.unisza.edu.my/s/WdqulodrotEMUfa

 

Pautan reset password : https://selfreset.unisza.edu.my

 

Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR)

Dihantar oleh: nurzana@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.