Berita

Hebahan

KEMUDAHAN CERMIN MATA DAN KENAIKAN HAD KEMUDAHAN RAWATAN PERGIGIAN

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

 

SEMUA STAF

Universiti Sultan Zainal Abidin

 

Tuan/Puan,

 

KEMUDAHAN CERMIN MATA DAN KENAIKAN HAD KEMUDAHAN RAWATAN PERGIGIAN

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.  Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bil.1/2021 telah bersetuju meluluskan kenaikan had rawatan pergigian dari RM200/tahun kepada RM300/tahun dan memperluaskan kemudahan ini kepada pembelian cermin mata dengan pilihan antara satu sahaja iaitu sama ada bagi rawatan pergigian sahaja ataupun kemudahan cermin mata sahaja pada tahun semasa berkuatkuasa pada Tahun 2021.

 

3.  Sehubungan dengan itu, tuntutan kemudahan cermin mata boleh dibuat di Portal Staf UniSZA melalui Sistem Aplikasi -> Aplikasi Staf -> E-Tuntutan -> Tuntutan Kemudahan Cermin Mata tertakluk kepada syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

 

Sekian, terima kasih.

Dihantar oleh: noradiana@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.