Berita

Hebahan

HEBAHAN KELULUSAN PENGGUNAAN MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniSZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN KELULUSAN PENGGUNAAN MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniSZA

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 13/2021 yang dijalankan pada 3 Mei 2021 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, Bangunan Canselori telah bersetuju dan meluluskan penggunaan Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UniSZA.

2.  Untuk makluman Y.Bhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan, tujuan Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UniSZA diwujudkan adalah sebagai satu panduan berkaitan hal-hal keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada semua staf, pelajar, kontraktor dan pelawat yang berurusan dengan UniSZA dan ianya selaras dengan keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

3.   Sehubungan dengan itu, untuk mendapatkan manual tersebut, ianya boleh dimuat turun menerusi pautan berikut:

https://keselamatan.unisza.edu.my/index.php?option=com_phocadownload&view=category&id=10&Itemid=626

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,  Y.Bhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan boleh hubungi Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, JKKP UniSZA di talian 09-6688664/7830/8363.

Segala perhatian Y.Bhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

‘Ilmu dan Akhlak’

Yang menjalankan amanah,

Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Univerisiti Sultan Zainal Abidin

Dihantar oleh: izzuddinbadrol@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.