Berita

Hebahan

PENGGUNAAN GMAIL UniSZA

Assalamualaikum Wm. Wbr.,

Untuk makluman semua, Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian (PPIR) telah menyediakan sistem emel baharu UniSZA yang akan menggunapakai platform Google Mail bagi menggantikan sistem emel yang sedia ada.

Bermula 16 Mei 2021 : Aplikasi UniSZA Email —> aplikasi Google Mail (UniSZA ID Login)

Pertukaran ini tidak menjejaskan Email ID masing-masing dan akan menggunakan kata laluan UniSZA ID yang telah ditukar sebelum ini. Dengan cara ini, pengguna hanya perlu log masuk ke dalam Portal Staf untuk mengakses Google Mail UniSZA.

Log masuk Portal Staf -> UniSZA ID Login -> ikon Google Mail

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :

Puan Nurzana binti Ahmed Zulkifli (09-668 8882)
Puan Noraida binti Yaacob (09-668 8840)
Encik Nik Mohd Imran bin Nik Ibrahim (09-668 8883)

Harap maklum dan terima kasih.

PPIR, UniSZA
 

Dihantar oleh: noraidayaacob@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.