Berita

Hebahan

JEMPUTAN KE SEMINAR INTEGRITI DALAM PENYELIDIKAN SECARA DALAM TALIAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CREIM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA (CenTTM) akan mengadakan Seminar Integriti Dalam Penyelidikan untuk meningkatkan kualiti penyelidikan UniSZA.

Maklumat seminar adalah seperti berikut:

Tarikh/Hari:   13 Jun 2021 (Ahad)

Masa:              9.30 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat:         Secara dalam talian (https://unisza.webex.com)

Penceramah:  YBrs. Prof. Dr. Fadzli bin Adam

                        Timbalan Naib Canselor

                        (Pembangunan & Penyelidikan)

                        Universiti Sultan Zainal Abidin

 

Sehubungan dengan itu, semua staf akademik dijemput menyertai seminar tersebut menerusi link https://tinyurl.com/SeminarIntegriti.

Kehadiran ke seminar ini akan direkod sebagai latihan tahunan staf. Sila hubungi Puan Nurul Syazwani binti Ab Rani, Pegawai Penyelidik Sosial di talian  09-668 7983 untuk sebarang pertanyaan. Segala kerjasama amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
.