Berita

Hebahan

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN FELO KOLEJ KEDIAMAN

Pemohon yang terdiri daripada kakitangan UniSZA dan pelajar Pascasiswazah yang berkelayakan, komited serta bermotivasi tinggi untuk menyumbang bakti dalam  hal-hal berkaitan dengan kebajikan serta pembangunan sahsiah pelajar adalah dipelawa untuk memohon jawatan Felo Kolej Kediaman seperti senarai di bawah : -

  1. Kampus Gong Badak
  2. Kampus Perubatan

KELAYAKAN

  • Kakitangan Akademik ; atau
  • Kakitangan Pengurusan dan Profesional Universiti ; atau
  • Kakitangan Bukan Akademik sekurang-kurangnya Penolong Pegawai Universiti ; (Gred 29 dan ke atas) atau
  • Pelajar Pascasiswazah UniSZA yang aktif dalam pengajian sepenuh masa dan masih mempunyai tempoh pengajian sekurang-kurangnya setahun
  • Sedia berkhidmat dalam setiap masa.

CARA MEMOHON

Borang Permohonan boleh dimuat turun melalui lampiran yang disertakan (Muat Turun)

Borang Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat Kolej Kediaman UniSZA

Tarikh Tutup Permohonan : 27 Jun 2021 (Rabu)

Iklan Dan Garis Panduan Pelantikan Felo Kolej Kediaman

Dihantar oleh: wfairulfakhzan@unisza.edu.my
.