Berita

Hebahan

BATAL - Gangguan Capaian Sistem dan Aplikasi Utama UniSZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

 KEMASKINI -  Proses penyelenggaraan ini dibatalkan dan akan dijadualkan semula pada tarikh yang akan datang. 

Sekian, terima kasih. Harap maklum.

Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian

 

---

Dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR) akan melaksanakan penyelenggaraan sistem-sistem maklumat UniSZA berdasarkan ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Jun - 26 Jun 2021
Hari : Khamis - Sabtu
Masa : Bermula 6.00 petang (24 Jun 2021) -  12.00 tengah malam (26 Jun 2021).

Susulan daripada kerja - kerja ini, akan berlaku gangguan capaian kepada beberapa Sistem dan Aplikasi Utama Universiti. 

Walaubagaimanapun gangguan ini TIDAK MELIBATKAN Sistem E-Learning UniSZA (KeLIP).

Pihak kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku dan akan memaklumkan kembali setelah kerja-kerja ini siap dilaksanakan.

Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Harap maklum. 

Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Dihantar oleh: yan@unisza.edu.my
.